⚜️ PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS EMAS PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH JASIN TAHUN 2026 ⚜️
TARIKH: 26-28 Jun 2026 (Jumaat-Ahad)
TEMPAT: SK Felda Bukit Senggeh
PESERTA : 17 orang murid
:: Alhamdulillah SK Jasin telah menghantar seramai 17 orang murid untuk menyertai aktiviti ini iaitu jumlah paling ramai yang dihantar di dalam daerah Jasin. Kesemua mereka telah berjaya lulus ujian ini.
::Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan menghantar anak-anak untuk menyertai Perkhemahan Lencana Keris Emas.
:: Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.
:: Semoga anak-anak memperoleh pengalaman yang bermakna serta dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan diri melalui perkhemahan ini.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. ????⚜️