• Main
  • News

Ayuh Warga Sk Jasin!

Ayuh Warga Sk Jasin!

Ayuh warga SK Jasin!
:
Jangan lupa temujanji kita esok, 15 Oktober 2025, Rabu, jam 3 ptg, nantikan persembahan dari adik Nur Amni Zahra -5AF bersama adik Raed, SK Lesong Batu dalam Kategori Duo SR
:
???? Malam ini, lampu pentas menunggu nyala; esok, tepat 8.00 pagi, genta bakal berdentang dan suara Generasi Madani mengisi udara Putrajaya.

???? *Genta Suara Generasi Madani* bukan sekadar pertandingan, inilah pentas cita-cita, tempat bakat muda menguji diri, membina keyakinan.

???? Kami menjemput anda menyaksikan segalanya secara langsung di platform rasmi:
*YouTube: TVPSS FiveOne*
https://www.youtube.com/live/dqGo3AdOIQQ?si=Wq-_VO5kvkMGe24w

*Siaran LIVE bermula 8.00 pagi esok*, dan akan bersambung sepanjang hari pertandingan.

????Bersama kita raikan keringat jurulatih, debar peserta, dan sorakan keluarga dari seluruh negara.

???? Duduklah dekat dengan skrin, biar suara mereka bertamu di rumah kita, biar semangat mereka menyala dalam hati kita.

Sebelum tidur malam ini: ‼️
• Subscribe saluran TVPSS FiveOne
• Aktifkan loceng peringatan
• Kongsi pautan dengan rakan & komuniti

Jumpa anda di siaran langsung, dari pentas ke layar, dari nadi anak-anak ke seluruh Malaysia.
Esok 8.00 pagi di YouTube TVPSS FiveOne.


About Us

  • SK JASIN Melaka - SKeJa

    Ini adalah halaman rasmi SKJ. Maklumat berkaitan aktiviti dan makluman sekolah dimuatnaik disini.